Masjid Madian, Beijing
2012-06-21 11:51:21 CRI

Masjid Madian yang terletak di sebelah utara kawasan Deshengmen, daerah Haidian Beijing dibina pada zaman maharaja Kangxi(1661-1722 Masihi) Dinasti Qing. Pada tahun 1850, umat Islam tempatan terutamanya para pemilik 13 buah kedai daging halal menyumbang derma untuk membina semula masjid itu dan membina tugu peringatan yang berkenaan.

Sejak zaman Dinasti Qing hingga tahun 1945, Masjid Madian menjadi pusat untuk melatih imam. Pada tahun 1921, bujangga yang tersohor di China, Lao She membantu masjid itu untuk menubuhkan sekolah kebangsaan.

Pada zaman dahulu, kawasan Madian merupakan pusat perdagangan daging kambing dan lembu halal yang terkenal di Beijing. Cukai jual-beli daging halal, zakat daripada umat Islam tempatan serta wang sewa tanah menjadi sumber pendapatan bagi masjid tersebut.

Pada tahun 1989, umat Islam tempatan membina semula ruang sembahyang dan bilik kuliah Masjid Madian. Pada hari Jumaat, lebih 200 orang umat Islam solat berjemaah di masjid itu. Manakala, ketika hari kebesaran Islam, seramai 700 hingga 800 orang menyambut hari raya bersama-sama. Selain umat Islam tempatan, terdapat juga sejumlah besar pelajar asing dan pelancong asing beribadat di masjid tersebut.

Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Madian berusaha meningkatkan taraf pentadbiran dan menyediakan perkhidmatan yang memuaskan kepada umat Islam agar mewujudkan kawasan Islam yang harmoni. Imam masjid itu selalu menyertai latihan dan forum anjuran persatuan Islam untuk meningkatkan taraf ilmu agama mereka.

Jawatankuasa masjid itu selalu mengadakan kursus agama kepada umat Islam tempatan untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang agama. Selain itu, pihak masjid itu selalu mengadakan aktiviti yang berkenaan kepada pemuda Islam untuk mencari jodoh.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China