Masjid Fengtaizhen, Beijing
2012-06-29 11:00:56 CRI

Masjid yang tertua di pekan Fengtai, Beijing dibina pada zaman antara Dinasti Yuan dengan Dinasti Ming, kira-kira tahun 1360 Masihi. Pada zaman itu, tujuh keluarga Islam etnik Hui berhijrah ke kawasan Dajing. Mereka telah membina sebuah surau yang kecil untuk beribadat. Di sebelah barat surau itu ialah kawasan perkuburan penduduk Islam. Pada tahun 1895, Stesen Kereta Api Fengtai selesai dibina. Surau itu dipindahkan ke kawasan Yangjiayuanzi di pekan Fengtai. Pada tahun 1989, kerajaan Beijing membina jalan lingkaran ke-4. Masjid Fentaizhen perlu dipindah sekali lagi kerana projek pembinaan jejambat untuk jalan lingkaran tersebut. Pada September 1990, kerajaan selesai membina Masjid Fengtaizhen baharu yang merupakan masjid yang terbesar di daerah tersebut. Masjid itu luasnya kira-kira 2,000 meter persegi, bangunan luasnya kira-kira 1,600 meter persegi. Seramai kira-kira 1,000 orang penduduk Islam tinggal secara berkelompok di sekitar masjid tersebut.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Masjid Fengtaizhen mengadakan pelbagai aktiviti untuk menubuhkan persekitaran yang harmoni. Jawatankuasa pentadbiran masjid berusaha membersihkan persekitaran, memajukan infrastruktur, membeli keranda berpendingin yang moden serta membaik pulih ruang mengambil air wuduk. Selain itu, masjid itu telah menubuhkan kedai barang-barang keperluan harian Islam. Usaha masjid dipuji oleh umat Islam tempatan.

 

Masjid Fengtaizhen juga selalu mengadakan aktiviti seperti pertandingan pingpong, persembahan pakaian etnik dan kuiz tentang etnik minoriti yang beragama Islam. Aktiviti tersebut meningkatkan pertukaran dan hubungan mesra antara penduduk Islam dengan penduduk bukan beragama Islam di kawasan tersebut.

Masjid Fengtaizhen secara aktif menyertai kebajikan masyarakat dan menyediakan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan. Imam masjid itu beusaha bersama-sama dengan kerajaan untuk menyelesaikan perselisihan antara penduduk. Usaha masjid itu amat berkesan untuk memelihara perpaduan bangsa dan keharmonian masyarakat.

(Ketika Hari Raya Aidilftri pada 31 Ogos 2011, pegawai kerajaan tempatan menziarahi Masjid Fengtaizhen dan mengucapkan selamat hari raya kepada umat Islam)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China