Masjid Xiguanshi, Beijing
2012-07-03 15:21:24 CRI

Kampung Xiguanshi yang terletak di pekan Yangfang, daerah Changping merupakan kawasan Islam yang terbesar di Beijing. 95% penduduk di kampung itu, kira-kira 1,200 orang ialah penduduk etnik Hui yang beragama Islam sejak turun-temurun. Syarikat-syarikat makanan halal di kawasan itu amat terkenal di Beijing, malah di seluruh China.

Masjid Xiguanshi yang terletak di kampung itu dibina pada tahun 1494 Masihi dan telah berusia lebih 510 tahun.

Masjid itu merupakan masjid ke-6 tertua di Beijing. Kawasan masjid itu disebut "Mekah kecil" di Beijing. Kampung Xiguanshi turut disebut "Madinah" di Beijing. Pada tahun 2005, Muzium Sejarah Etnik Hui di kampung Xiguanshi selesai dibina.

Masjid Xiguanshi bercirikan seni bina tradisional China. Masjid itu telah banyak kali dibaik pulih dan dibina semula. Pada tahun 1983, Masjid itu dibaik pulih sekali lagi dan menjadi lebih besar dan cantik.

(Konsul Budaya Iran ke China melawat pameran sejarah Masjid Xiguanshi)

(Imam Masjid Xiguanshi membaca khutbah ketika sambutan hari raya Aidilftri)

(Lebih 200 orang belia Islam sedang mendengar ceramah imam di Masjid Xiguanshi)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China