Masjid Shahe, Beijing
2012-07-10 12:56:24 CRI

Pekan Shahe terletak di bahagian selatan daerah Changping, Beijing. Pekan itu mempunyai lokasi yang penting dan merupakan satu-satunya laluan untuk pergi ke kawasan Makam Diraja Dinasti Ming, Tembok Besar China sektor Badaling serta provinsi Shanxi dan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam.

Masjid Shahe yang merupakan satu-satunya masjid di pekan tersebut, yang terletak di kampung Nanyi. Masjid itu dibina pada zaman Dinasti Ming dan dibina semula pada tahun 1694 dan 1905.

Masjid Shahe yang luasnya kira-kira seribu meter persegi menghadap ke arah timur. Bangunannya bercirikan seni bina tradisional perumahan Beijing. Terdapat dua buah tugu peringatan yang dibina pada tahun 1905 dan 1920 di depan ruang sembahyang.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China