Masjid Changping, Beijing
2012-07-10 13:07:19 CRI

Masjid Changping yang terletak di daerah Changping, bahagian utara Beijing dibina oleh Chang Yuchun, panglima tentera beragama Islam yang amat terkenal pada awal zaman Dinasti Ming. Masjid itu telah dibaik pulih pada zaman maharaja Wanli (1563-1620 Masihi). Masjid Changping dibina dengan menggunakan kayu dan batu yang amat berharga seperti yang digunakan untuk membina makam diraja Dinasti Ming.

Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Changping sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan kepada umat Islam tempatan. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, jawatankuasa itu telah membina ruang pameran sejarah Masjid Changping, perpustakaan, membaik pulih dapur, ruang menyembahyangkan jenazah, pusat sembelihan dan keranda. Usaha tersebut untuk memenuhi permintaan umat Islam yang tinggal secara berkelompok di sekitar masjid berkenaan.

Selain itu, Masjid Changping amat aktif dalam hal-ehwal kebajikan masyarakat,. Ketika lima provinsi di bahagian barat daya mengalami bencana kemarau dan kawasan Yushu, provinsi Qinghai mengalami gempa bumi dahsyat, masjid itu telah mengumpulkan sedekah untuk mangsa bencana. Langkah tersebut membangkitkan semangat patriotik umat Islam tempatan dan amat berkesan untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni.

(Umat Islam sedang memasak "Youxiang" untuk menyambut hari raya Aidilftri di Masjid Changping. "Youxiang" merupakan sejenis makanan tradisional yang amat terkenal bagi etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun. Masjid di China selalunya memasak makanan itu untuk umat Islam yang datang beribadat, khususnya ketika hari kebesaran Islam.)

                     

(Pegawai jawatankuasa pentadbiran masjid merasmikan aktiviti sambutan hari raya Aidilftri)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China