Masjid Langgezhuang, Beijing
2012-07-19 11:51:01 CRI

Masjid Langgezhuang terletak di kampung Langgezhuang pekan Huangcun, daerah Daxing Beijing. Masjid itu dibina pada tahun 1740 Masihi dan dibina semula pada tahun 1901 dan 1936. Pada tahun 1984 hingga 1987, umat Islam tempatan telah membina semula bilik ceramah, ruang mengambil air wuduk dan pintu gerbang masjid tersebut.

Pada Ogos 2008, kerajaan tempatan telah memperuntukkan RMB 3.45 juta untuk membina semula Masjid Langgezhuang.

Masjid baharu luasnya dua ribu meter persegi. Bangunan masjid itu luasnya 933 meter persegi dan bercirikan seni bina tradisional China. Ruang sembahyang pula boleh menampung lebih 300 orang solat berjemaah.

Pembinaan Masjid Langgezhuang yang baharu menunjukkan perpaduan bangsa dan memainkan peranan yang penting bagi memelihara kestabilan dan keharmonian masyarakat di daerah tersebut.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China