Masjid Doudian, Beijing
2012-07-19 12:00:27 CRI

Masjid Doudian merupakan salah satu daripada tiga masjid yang terbesar di daerah Fangshang Beijing. Pada tahun 1713 Masihi, seorang saudagar Islam dari Xian, Shaanxi telah menderma untuk membina sebuah masjid di daerah tersebut. Masjid itu telah beberapa kali dibaik pulih dan dibina semula. Kali terakhir adalah pada tahun 2003. Masjid baharu amat besar dan bercirikan seni bina Arab. Pada hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Aidilftri, Hari Raya Korban dan Maulidur Rasul, kira-kira 300 hingga 500 orang umat Islam solat berjemaah di masjid tersebut.

Masjid itu bertanggungjawab untuk menyediakan makanan halal serta perkhidmatan perkahwinan dan menyembahyangkan jenazah umat Islam di kampung itu dan kawasan sekitarnya. Pada beberapa puluh tahun kebelakangan ini, penduduk di kampung Doudian berusaha mengembangkan ekonomi dan taraf hidup mereka semakin meningkat. Kampung Doudian telah beberapa kali menerima anugerah kampung Islam yang cemerlang di Beijing.

Masjid Doudian berusaha membantu umat Islam tempatan utnuk mengatasi sebarang kesulitan. Ketika cuti sekolah musim panas, pihak masjid selalu menyediakan kursus tentang agama dan pelbagai aktiviti hiburan untuk kanak-kanak Islam. Usaha tersebut amat berkesan untuk membina kawasan Islam yang harmoni.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China