Masjid Huiminying, Beijing
2012-07-26 15:52:43 CRI

Kampung Huiminying yang terletak di bahagian barat daya daerah Shunyi Beijing merupakan perkampungan Islam yang terkenal di daerah tersebut. Menurut catatan sejarah, umat Islam mula berhijrah ke kawasan itu pada zaman Dinasti Yuan(1271-1368 Masihi).

Masjid Huiminying dibina pada tahun 1305 Masihi dan beberapa kali dibaik pulih pada zaman Dinasti Qing.

Pada tahun 2007, kampung Huiminying dipindahkan ke kawasan lain kerana tapaknya diambail untuk pembinaan pusat logistik bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Kerajaan telah memperuntukkan lebih RMB 9 juta untuk membina Masjid Huiminying yang baharu. Masjid baharu siap dibina dan mula beroperasi pada bulan November 2007. Masjid yang dibina dengan batu bata dan kayu mempunyai keluasan mencatat lebih 1,614 meter persegi dan menampung lebih 150 orang untuk beribadat berjemah pada satu-satu masa. Bilik mengambil wuduk muslimin dan muslimat luasnya masing-masing mencatat lebih 138 meter persegi. Pusat perkhidmatan yang bertanggungjawab menyembahyangkan jenazah umat Islam luasnya lebih 557 meter persegi. Kira-kira 100 orang umat Islam beribadat di masjid itu tiap-tiap hari.

 

Pada 25 Februari 2010, menara melihat anak bulan yang setinggi 27 meter telah dirasmikan di Masjid Huiminying. Lebih 400 orang umat Islam tempatan menyertai upacara perasmian menara tersebut.

Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Huiminying berusaha menjalankan tugasnya dan menyediakan perkhidmatan yang memuaskan kepada umat Islam tempatan.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China