Masjid Miyun, Beijing
2012-08-01 11:48:36 CRI

Masjid Miyun terletak di kaunti Miyun, utara bandar Beijing.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, masjid itu berusaha menyediakan perkhidmatan untuk umat Islam tempatan dan mewujudkan suasana masjid yang harmoni. Jawatankuasa pentadbiran masjid menyediakan latihan dan mengadakan tinjauan ke masjid cemerlang yang lain untuk mendapat idea meningkatkan taraf pentadbiran dan perkhidmatan.

Dengan pimpinan Jabatan Hal-Ehwal Etnik, Perantau dan Agama serta Persatuan Islam Miyun, masjid itu telah menubuhkan pelbagai sistem yang sempurna. Masjid Miyun menubuhkan sistem kewangan yang terbuka dan telus serta menubuhkan kumpulan penyelia untuk mengawal sektor tersebut. Selain itu, pihak masjid menerima cadangan daripada umat Islam tempatan untuk menyempurnakan sistem pentadbirannya.

Pada November 2009, Masjid Miyun menghantar sekumpulan yang terdiri daripada 15 orang tokoh agama tempatan ke kawasan-kawasan Islam di provinsi Shaanxi dan Ningxia untuk mempelajari pengalaman pentadbiran masjid yang moden.

------Andika

 

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China