Masjid Gaoliying, Beijing
2012-08-01 11:55:35 CRI

Masjid Gaoliying terletak di kampung ke-7 pekan Gaoliying, daerah Shunyi Beijing. Masjid itu selesai dibina pada Jun 2004. Kawasan masjid luasnya kira-kira empat ribu meter persegi, manakala bangunan-bangunan di dalam masjid luasnya 850 meter persegi. Ruang sembahyang luasnya 357 meter persegi dan boleh menampung 150 orang solat berjemaah.

Seramai 600 orang umat Islam dari 200 keluarga tinggal secara berkelompok di sekitar masjid tersebut. Jawatankuasa pentadbiran masjid yang terdiri daripada tujuh anggota menjalankan pentadibran berasaskan demokrasi. Kesemua hal ehwal yang penting seperti membaik pulih masjid, menyambut hari kebesaran Islam dan membeli kelengkapan baru perlu dibincangkan oleh semua umat Islam tempatan.

(Ketika Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2011, lebih 200 orang umat Islam menyertai jamuan makan malam yang mendapat bantuan daripada kedutaan besar Arab Saudi ke China di Masjid Gaoliying. Naib Presiden Persatuan Islam China, Yang Zhibo menyampaikan ucapan dalam jamuan tersebut. Pegawai dari persatuan Islam, Jabatan Hal-Ehwal Agama Beijing dan Jabatan Hal-Ehwal Etnik, Agama dan Perantau Daerah Shunyi turut hadir jamuan tersebut.)

(Ketika Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2010, pegawai kerajaan tempatan daerah Shunyi menziarahi umat Islam yang menyambut hari raya di Masjid Gaoliying dan menyumbang derma untuk masjid. Usaha mereka amat berkesan untuk membina masyarakat yang harmoni dan meningkatkan perpaduan bangsa.)

------Andika

 

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China