Masjid Gubeikou, Beijing
2012-08-08 10:57:03 CRI

Masjid Gubeikou merupakan masjid yang tertua daripada tiga buah masjid yang masih terdapat di daerah Miyun, utara bandar Beijing.

Masjid itu terletak di tebing barat Sungai Chaohe pekan Gubeikou. Kawasan masjid luasnya 1,925 meter persegi, panjangnya 55 meter dan lebarnya 35 meter. Masjid itu telah berusia lebih 370 tahun.

Menurut maklumat pada tugu yang terdapat di masjid itu, Masjid Gubeikou telah dibaik pulih pada tahun 1629 Masihi. Pada zaman Maharaja Kangxi (1661-1722 Masihi), Ma Jinliang, etnik Hui dari provinsi Gansu menyandang jawatan sebagai komander kawasan Gubeikou. Kebanyakan tenteranya juga merupakan penduduk etnik Hui yang beragama Islam sejak turun-temurun. Beliau telah membaik pulih Masjid Gubeikou pada tahun 1723.

Pada tahun 2004, kerajaan telah memperuntukkan RMB 856 ribu untuk membaik pulih Masjid Gubeikou. Masjid itu beroperasi semula pada 1 Mei tahun itu.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China