Masjid Xinjie, Beijing
2012-08-22 10:40:09 CRI

Daerah Fangshan terletak di bahagian barat daya Beijing, ibu negara China. Terdapat tiga buah masjid, iaitu Masjid Doudian, Masjid Changzhuang dan Masjid Xinjie di daerah tersebut pada masa ini.

Lebih 11 ribu orang penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun tinggal secara berkelompok di sekitar ketiga-tiga masjid tersebut.

Masjid Xinjie yang terletak di Kampung Xinjie, Pekan Zhoukoudian merupakan masjid yang amat terkenal. Masjid itu telah dibaik pulih pada bulan Mei 1989.

Kawasan masjid dan ruang sembahyang masing-masing luasnya 685 dan 60 meter persegi. Bangunan masjid itu menggabungkan seni bina tradisional China dan seni bina dunia Arab.

 Menurut maklumat, masjid itu dibina pada zaman Maharaja Kangxi (1661-1722 Masihi) Dinasti Qing. Oleh sebab peninggalan sejarah di masjid itu telah musnah, tiada bukti yang menunjukkan zaman pembinaan masjid tersebut.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China