Masjid Shazikou, Beijing
2012-08-22 10:48:45 CRI

Masjid Shazikou terletak di kawasan Yongdingmenwai, daerah Dongcheng Beijing. Kawasan itu merupakan pusat perdagangan sejak zaman dahulu. Penduduk etnik Hui yang beragama Islam agak mahir dalam bidang perdagangan sejak turun-temurun.

Setelah tertubuhnya Republik Rakyat China pada tahun 1949, umat Islam yang berhijrah ke kawasan itu semakin ramai. Pada tahun 1953, umat Islam tempatan telah mengumpulkan sumbangan untuk membina sebuah masjid dan mengundang Ma Binru, imam yang terkenal dari kawasan Damingfu, provinsi Hebei untuk menyandang jawatan imam di masjid tersebut.

Pada bulan Jun 1990, Jabatan Hal-Ehwal Awam dan Persatuan Islam Daerah Chongwen memohon peruntukan daripada kerajaan dan mengumpulkan sumbangan daripada pelbagai lapisan umat Islam untuk membaik pulih Masjid Shazikou. Ruang sembahyang baharu luasnya lebih 158 meter persegi. Bilik mengambil air wuduk luasnya 61 meter persegi.

Kerajaan tempatan selalu menyediakan peruntukan untuk membaik pulih infrastruktur di masjid itu seperti pemanas, bekalan elektrik dan sebagainya.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China