
Minggu Ekonomi, Perdagangan, Kebudayaan dan Pelancongan Xinjiang pertama yang bertemakan "Xinjiang yang Mempesonakan" dilangsungkan di Hong Kong pada 28 Ogos lalu. Ini merupakan kali pertama Xinjiang mengadakan acara promosi seumpama ini di Hong Kong.

Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Tieli Valdis Abdulrixit dalam majlis perasmian berkata, acara promosi ini bertujuan untuk mempelajari pengalaman Hong Kong dalam pembangunan sosiobudaya, berdasarkan kedudukan dan pengaruh Hong Kong, menarik lebih ramai orang mengenali dan memahami budaya Xinjiang yang unik, dan menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan Xinjiang dengan Hong Kong demi pembangunan bersama yang saling menguntungkan.

Ketua Pengarah Jabatan Perniagaan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong, Gregory So pula berkata, Hong Kong dan Xinjiang mengekalkan hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang rapat. Hong Kong merupakan sumber pelaburan terbesar bagi Xinjiang. Setakat penghujung tahun lalu, jumlah 433 buah projek pelaburan Hong Kong telah dimeterai di Xinjiang.
Dalam tempoh minggu budaya ini, lima pameran termasuk pameran catan minyak Xinjiang, pameran foto, pameran alat muzik etnik minority, pameran pakaian dan pameran buku Xinjiang turut diadakan. Orang awam boleh melawat pemeran berkenaan secara percuma.






