Masjid Untuk Muslimah, Jinan
2012-09-06 15:05:18 CRI

Masjid untuk Muslimah di Jinan, provinsi Shandong China terletak di tebing Kolam Yinhu dan merupakan salah sebuah masjid yang bersejarah di bandar tersebut. Masjid itu juga disebut sebagai Masjid Timur Kolam Yinhu pada zaman dahulu. Ruang sembahyang mempunyai dua tingkat. Bilik imam dan tempat mengambil wuduk terletak di sebelah barat ruang sembahyang. Masjid itu menampung lebih 150 orang sembahyang berjemaah.

Pada tahun 1992, kawasan di sekitar masjid itu dibina semula. Masjid untuk Muslimah Jinan yang baharu telah selesai dibina pada tahun 1994. Di jalan raya yang baharu terdapat tiga buah masjid, masjid untuk Muslimah terletak di tengah, manakala di sebelah kiri dan kanannya ialah Masjid Besar Selatan dan Masjid Besar Utara. Masjid baharu luasnya kira-kira 600 meter persegi dan merupakan masjid untuk Muslimah dan bercirikan seni bina Arab yang terbesar di bahagian utara China. Ruang sembahyang terletak di tengah, bilik imam, pejabat dan bilik tetamu terletak di sebelah kiri dan kanan. Pada masa ini, masjid itu dapat menampung lebih 400 orang sembahyang berjemaah. Di pekarangan masjid itu ditanami pelbagai jenis pokok dan bunga. Di dinding ruang tetamu digantung banyak panji-panji serta khat dan kaligrafi yang dihasilkan oleh pelukis yang terkemuka.

(Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 September 2010)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China