Wen Jiabao Melawat ke Xinjiang
2012-09-11 10:08:25 CRI

Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengadakan tinjauan ke Hotan dan Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang baru-baru ini. Beliau melawat kawasan desa, kawasan perumahan, perusahaan, sekolah dan hospital.

Menurutnya, usaha untuk menggalakkan pembangunan Xinjiang merupakan asas dan jaminan bagi kestabilan sosial tempatan. Tegasnya lagi, penyatuan bangsa dan kestabilan sosial pula merupakan asas bagi pembangunan di Xinjiang. Xinjiang perlu melaksanakan dasar etnik, mengekalkan sistem autonomi wilayah dan kesamarataan etnik, dan mewujudkan pembangunan bersama antara pelbagai etnik.

Xinjiang perlu terus melaksanakan dasar kebebasan beragama, menghormati adat resam etnik minoriti dan memelihara hak dan kepentingan rakyat pelbagai etnik.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China