Masjid Beiluokou terletak di tebing utara Harungan Luokou, bandar Jinan provinsi Shandong China. Pintu utama masjid menghadap ke arah timur, ruang sembahyang yang luasnya 80 meter persegi disambung dengan bangunan tempat melihat anak bulan. Ukiran batu yang masih tersimpan di masjid itu amat cantik dan halus.
Masjid Beiluokou dibina pada tahun 1855 Masihi dan musnah akibat banjir Sungai Kuning tidak lama kemudian. Pada tahun 1864 Masihi, masjid itu dibina semula di tempat yang sama. Pada tahun 1993 pula, masjid Beiluokou yang telah usang dibina semula.
------Andika