Masjid Beidahuaishu terletak di hujung barat Jalan Beidahuaishu, bandar Jinan provinsi Shandong China. Ruang sembahyang untuk golongan muslimah terletak di sebelah selatan masjid tersebut. Pintu masuk masjid itu menghadapi ke arah timur.
Bangunan masjid memuatkan ruang sembahyang, bilik ceramah, bilik wuduk, bilik imam dan bilik mesyuarat. Pintu masuk dan ruang sembahyang menjadi garis tengah bagi masjid tersebut. Bangunan masjid berkenaan bercirikan seni bina tradisional China.
Menurut catatan yang tertulis pada sebuah tugu yang dibina pada tahun 1874 Masihi, Masjid Beidahuaishu dibina pada zaman Maharaja Hongzhi (1470-1505) dan telah berusia lebih 500 tahun. Selain itu, terdapat tiga buah tugu lagi yang menunjukkan masjid itu telah tiga kali dibaik pulih, iaitu tahun 1931, 1940 dan 1991.
Pada tahun 1994, Masjid Beidahuaishu dianugerahkan sebagai pusat mencintai agama dan negara yang cemerlang di bandar Jinan. Pada tahun 1998 pula, masjid itu dianugerahkan sebagai masjid yang cemerlang oleh Persatuan Islam Provinsi Shandong.
(Imam Mi Zhaoqing menunjukkan al-Quran edisi bahasa Arab yang dalam simpanan beliau)
(Ruang sembahyang untuk golongan muslimah Masjid Beidahuaishu dibina pada tahun 1911. Pada 18 Mei 1988, ruang sembahyang yang pernah ditutup beroperasi semula)
------Andika