Masjid Xiaozhaicun, Jinan
2012-10-10 12:28:49 CRI

Masjid Xiaozhaicun terletak di sebelah barat kampung Xiaozhai pekan Sangzidian daerah Tianqiao bandar Jinan, provinsi Shandong China. Masjid itu dibina pada kira-kira abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Bangunan masjid itu luasnya 600 meter persegi. Ruang sembahyang luasnya 150 meter persegi. Pada kira-kira 100 tahun yang lalu, Masjid Xiaozhaicun telah dibina semula di lokasi yang sama kerana musnah akibat banjir Sungai Kuning.

Bangunan masjid itu bercirikan seni bina tradisional yang amat halus. Hampir kesemua penduduk di kampung Xiaozhai merupakan penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun. Menurut catatan sejarah, majoriti penduduk di kampung itu berhijrah dari kampung Laochai pada tahun 1796 hingga 1850 Masihi.

Pada tahun 2007, Masjid Xiaozhaicun disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat bandar kumpulan ketiga oleh kerajaan bandar Jinan.

                             (Ruang sembahyang untuk muslimah yang terletak di belakang Masjid Xiaozhaicun)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China