Masjid Laozhaizicun, Jinan
2012-10-10 12:37:49 CRI

Masjid Laozhaizicun terletak di kampung Laozhaizi pekan Sangzidian tebing utara Sungai Kuning daerah Tianqiao, bandar Jinan, provinsi Shandong China.

Kampung Laozhaizi merupakan perkampungan orang Islam. Jumlah penduduk etnik Hui yang menganut Islam sejak turun-temurun kira-kira seribu orang. Nenek moyang penduduk kampung itu adalah berhijrah dari kawasan Zouxian, provinsi Shandong pada zaman pemerintahan Maharaja Kangxi, Yongzheng dan Qianlong (1662-1795 Masihi).

Masjid itu telah dibina semula selepas kerana musnah akibat banjir Sungai Kuning. Bangunan masjid itu dibina dengan batu bata dan kayu. Menara melihat anak bulan bercirikan seni bina barat.

                         (Ruang sembahyang untuk golongan muslimah yang terletak di utara Masjid Laozhaizicun)

                                                                  (Menara melihat anak bulan)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China