Masjid Yaoshan, Jinan
2012-10-16 11:47:01 CRI

Masjid Yaoshan terletak di kawasan Yaoshan, daerah Tianqiao, bandar Jinan, ibu kota provinsi Shandong China. Masjid itu dibina pada tahun 1893 Masihi. Pada tahun 2004, Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Yaoshan memperuntukkan RMB 100 ribu untuk membaik pulih masjid itu bagi menyediakan ruang beribadat yang lebih selesa untuk umat Islam tempatan.

Dataran di depan pintu masuk masjid telah dibaik pulih, dinding yang luasnya lebih 600 meter persegi telah dicat semula. Selain itu, pihak masjid telah membina pusat menyembahyangkan jenazah yang luasnya 200 meter persegi dan ruang tetamu yang luasnya 30 meter serta menanam lebih 300 batang pokok bunga. Masjid Yaoshan yang berusia kira-kira 120 tahun kini lebih indah dan menarik.

(Pada 25 Julai 2011, pegawai dari kerajaan daerah Tianqiao, Li Xueyuan dianugerahkan sebagai tokoh cemerlang dalam perpaduan bangsa dan menerima hadiah wang RMB 3 ribu. Beliau menyumbangkan wang tersebut kepada imam Masjid Yaoshan, Zhang Yanjun untuk membaik pulih masjid.)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China