Masjid Luokou yang terletak di kawasan Luokou daerah Tianqiao, bandar Jinan, ibu kota provinsi Shandong China dibina pada zaman sebelum tahun 1513 Masihi. Pada asalnya, masjid itu terletak di Kampung Beiluokou, sebelah utara jambatan di Sungai Kuning. Seterusnya, masjid itu dipindah ke jeti Sungai Kuning dan dipindah lagi ke tebing selatan sungai tersebut pada tahun 1976.
Kawasan masjid luasnya kira-kira 1,500 meter persegi. Bangunan masjid yang bercirikan seni bina tradisional China luasnya 240 meter persegi. Pada 280 tahun yang lalu, seorang tokoh Islam yang terkenal berhijrah dari provinsi Hebei dan kembali ke rahmatullah di Masjid Luokou. Makam dan batu nisannya masih tersimpan di masjid tersebut.
Pada tahun 1976, banjir yang dahsyat melanda Sungai Kuning di kawasan tersebut. umat Islam tempatan telah berhijrah ke kawasan lain, manakala Masjid Luokou juga musnah akibat banjir tersebut. Seterusnya, Masjid Luokou yang baharu telah dibina di tebing selatan Sungai Kuning. Kira-kira 1,600 orang umat Islam dalam 396 keluarga tinggal secara berkelompok di sekitar masjid tersebut. terdapat tiga orang imam yang bertugas di masjid itu. Lebih 100 jilid qitab al-Quran Arab masih tersimpan di Masjid Luokou.
(Pegawai tempatan melawat Masjid Luokou dan meninjau kerja membangunkan masjid yang harmoni.)
(Pada pagi 7 Mei 2010, Masjid Luokou mengadakan forum untuk merayakan masjid itu dianugerahkan sebagai tempat agama yang harmoni di provinsi Shandong.)
------Andika