Ibadat haji pada tahun ini dijatuh pada 23 hingga 27 Oktober. Menurut statistik, seramai 13,800 orang umat Islam China menunaikan fardu haji pada tahun ini. Mereka yang berasal dari bandar Lanzhou, Beijing, Yinchuan, Urmuqi, Kunming dan lain-lain, menaiki 41 penerbangan sewa khas pergi ke Arab Saudi.
Biro Agama Negara China dan Persatuan Agama Islam China mengambil beberapa tindakan dalam aspek pengangkutan, perubatan dan penginapan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih memuaskan hati kepada jemaah haji ini.
Menurut Pengarah Jabatan Pengawalan Masjid Besar Dongguan, bandar Xining, provinsi Qinghai, Ma Zhi, "Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, taraf hidup rakyat China meningkat, sekali gus jumlah umat Islam yang mampu menunaikan fardu haji juga meningkat. Hampir seramai 2,000 orang umat Islam dari provinsi Qinghai menunaikan fardu haji pada tahun ini."
Terdapat seramai 20 juta orang umat Islam di China. Kebanyakan mereka tinggal di Xinjiang, Qinghai, Gansu, Yunnan dan Ningxia. Menurut pegawai Biro Agama Negara China, pihaknya aktif bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi memastikan kesemua penerbangan sewa khas selamat mendarat di Mekah. Ini membantu mengurangkan keletihan jemaah haji China. Harga tiket penerbangan juga hampir sama seperti tahun lalu.
Persatuan Islam China menghantar delegasi yang terdiri daripada 60 orang pegawai, memilih lebih 200 orang umat Islam yang berpengalman luas dari pelbagai provinsi berkenaan, dan 100 orang imam untuk memberikan perkhidmatan sebaiknya kepada umat Islam yang menunaikan fardu haji. Persatuan Islam China juga menghantar kumpulan perubatan yang terdiri daripada 52 orang doktor serta bekalan pelbagai jenis ubat-ubatan dan alat perubatan.