Pesta Kebudayaan 12 Muqam Xinjiang
2012-11-06 10:19:16 Agensi Berita Xinhua China

Pesta Kebudayaan 12 Muqam Kashgar Xinjiang ke-2 berlangsung pada 18 hingga 20 Oktober lalu. Pesta ini menarik penyertaan kira-kira 10 ribu orang.

Muqam ialah sejenis melodi dan salah satu bentuk muzik dalam kalangan pelbagai etnik yang beragama Islam di Xinjiang. 12 Muqam ialah dua belas melodi besar. Alat muzik pengiring untuk Muqam termasuk Rebab, Tanbu, Dutar dan lain-lain. Muqam adalah sejenis kesenian tradisional yang menggabungkan pelbagai genre seni seperti muzik, tarian, nyanyian, puisi dan adat resam etnik Uygur. Muqam mudah mempesonakan penonton kerana sifatnya yang asli, amat popular di kawasan petempatan etnik Uygur di Xinjiang.

Kaunti Shache yang merupakan kampung halaman 12 Muqam berusaha bersungguh-sungguh untuk memelihara budaya dan seni Muqam. Kerajaan tempatan meningkatkan subsidi untuk 23 pewaris Muqam daripada RMB 400 kepada RMB 1,200 sebulan. Sekolah menengah vokasional tempatan juga menawarkan kursus seni Muqam. Kerajaan juga memperuntukkan dana untuk membangunkan pelancongan seni Muqam dan mencipta jenama budaya Muqam.

Kumpulan seni Muqam kaunti Shache kelihatan sedang membuat persembahan nyanyian dan tarian dalam pesta ini.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China