Masjid Dangdong, Jinan
2012-11-07 10:41:47 CRI

Masjid Dangdong dibina pada kira-kira tahun 1510 Masihi dan telah berusia lebih 500 tahun. Masjid itu terletak di Kampung Dangdong, Pekan Dangjiazhen, Daerah Shizhong, Bandar Jinan, Provinsi Shandong, China. Kawasan masjid itu luasnya lebih 1,313 meter persegi, bangunan di dalam masjid itu luasnya lebih 717 meter persegi. Ruang sembahyang pula luasnya lebih 228 meter persegi.

Masjid Dangdong telah banyak kali dibaik pulih dalam sejarahnya selama lebih 500 tahun. Pada tahun 1754, masjid itu dibaik pulih secara besar-besaran. Pada tahun 1925, bilik wuduk dipindah dari bahagian selatan ke barat. Pada tahun 1940, bangunan masjid itu dibaik pulih dan lukisan di dalam bangunan dilukis semula.

Pada tahun 1995 hingga 1996, jawatankuasa pentadbiran masjid itu sekali lagi membaik pulih bangunan dan membina lagi enam buah bilik wuduk di bahagian selatan untuk memenuhi keperluan semakin ramai umat Islam yang datang beribadat. Pada tahun 2007, Masjid yang dipasang dandang dan kelengkapan tenaga suria untuk bilik air menjadi lebih moden.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, persatuan Islam di Provinsi Qinghai, Gansu dan Ningxia selalu menghantar rombongan untuk melawat Masjid Dangdong yang begitu cemerlang.

(Tugu yang mencatat Masjid Dangdong disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat daerah oleh kerajaan tempatan pada Disember 1983.)

(Tugu yang mencatat Umat Islam dari Bangladesh melawat Masjid Dangdong pada musim bunga tahun 1996 dan menyumbang derma sebanyak USD 5,100 untuk masjid itu.)

                  (Umat Islam di Masjid Dangdong menyambut Maulidur Rasul yang jatuh kepada 5 Februari 2012)

                                                 (Imam Liu sedang membaca kitab al-Quran.)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China