Masjid Zhonggong, Jinan
2012-11-14 12:27:32 CRI

Masjid Zhonggong dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Qianlong (1711-1799Masihi) Dinasti Qing. Masjid itu terletak di Kampung Zhongbei, pekan Zhonggong, daerah Licheng, bandar Jinan, provinsi Shandong, China. Pekan Zhonggong yang terletak sejauh 10 kilometer di sebelah selatan bandar Jinan itu merupakan pekan yang telah bersejarah lebih dua ribu tahun. Kawasan masjid luasnya kira-kira 2,667 meter persegi. Lebih 500 orang umat Islam yang tinggal secara berkelompok di sekitar itu beribadat di masjid itu.

Jawatankuasa pentadbiran masjid yang dtubuhkanda tahun 1979 berusaha memberikan perkhidmatan untuk umat Islam. Perkhidmatan mereka disanjung tinggi oleh umat Islam tempatan. Terdapat seorang imam berkhidmat di masjid tersebut pada masa ini.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China