Masjid Dalu terletak di kaunti Jiyang, bandar Jinan, Provinsi Shandong, China. Masjid itu dibina pada zaman Dinasti Ming dan telah berusia lebih 600 tahun. Bangunan masjid itu luasnya 200 meter persegi. Terdapat dua orang imam yang berkhidmat di masjid itu. Jawatankuasa pentadbiran masjid itu terdiri daripada lima anggota. Seramai 520 orang umat Islam tinggal secara berkelompok di sekitar masjid itu. Bangunan masjid itu bercirikan seni bina tradisional China. Pada tahun 2001, masjid itu telah dibaik pulih.
(Ruang sembahyang)
(Jadual waktu solat di depan ruang sembahyang)
(Bilik ceramah)
(Lukisan yang cantik di dinding)
------Andika