Kawasan Dikouzhuang yang terletak di daerah Tianqiao, bandar Jinan, provinsi Shandong, China merupakan kawasan Islam. Jumlah penduduk di kawasan itu kira-kira 4,700 orang. Masjid Dikouzhuang merupakan salah sebuah masjid yang tertua di bandar Jinan. Masjid itu dibina pada akhir zaman Dinasti Ming (kira-kira awal abad ke-16).
Pada zaman pemerintahan Maharaja Xianfeng (1851-1861Masihi), masjid tersebut musnah akibat perang saudara, namun telah dibina semula pada tahun 1865.
Kawasan Masjid Dikouzhuang luasnya 1,620 meter persegi. Bangunan masjid itu bercirikan seni bina tradisional China. Pintu masuk masjid menghadap ke arah timur.
Ruang sembahyang terletak di garis tengah. Bilik wuduk pula terletak di selatan, manakala bilik ceramah dan bilik imam di sebelah utara kawasan masjid. Pada tahun 1981 hingga 1990, Masjid Dikouzhuang telah empat kali dibaik pulih.
(Pada 1 Jun 2012, tilawatil Quran yang bertemakan "Mempopularkan Tamadun, Meningkatkan Keharmonian" telah diadakan di sekitar Masjid Dikouzhuang. 500 orang umat Islam tempatan serta wakil kerajaan mendengar bacaan al-Quran yang disertai oleh lapan orang imam.)
(Umat Islam di kawasan Dikouzhuang menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September 2010)
(Ruang sembahyang untuk muslimah yang terletak di belakang Masjid Dikouzhuang)
------Andika