Masjid Nanbeidao, Shandong
2012-12-07 11:48:34 CRI

Masjid Nanbeidao yang terletak di daerah Lanshan, bandar Linyi, provinsi Shandong, China dibina pada masa pemerintahan Maharaja Zhengde (1506-1522 Masihi) telah berusia kira-kira 500 tahun. Pada tahun 1736, lebih 20 orang umat Islam tempatan telah mengumpulkan sumbangan bagi membina masjid itu.

Pada tahun 1862, imam Masjid Nanbeidao, Ma Wanrong mengetuai umat Islam tempatan berjaya mengumpulkan sumbangan bagi membina semula masjid tersebut. Pada tahun 1902, beberapa orang umat Islam telah mewakafkan tanah mereka yang luasnya 2.1 hektar untuk tapak masjid. Pada tahun 1981 pula, imam Wen Yimao dan tokoh-tokoh Islam tempatan membina semula ruang sembahyang.

Pada musim luruh tahun 2000, imam Wen Yanli mengumpulkan sumbangan bagi membina semula Masjid Nanbeidao. Kawasan masjid baharu luasnya 940 meter persegi, manakala bangunan masjid luasnya 346 meter persegi. Jabatan Hal-Ehwal Agama Bandar Linyi dan kerajaan tempatan masing-masing menyumbang RMB 5 ribu untuk menyediakan bekalan air dan elektrik serta membeli barang-barang yang diperlukan untuk masjid baharu.

Pada masa ini, kira-kira 2,500 orang umat Islam tinggal secara berkelompok di sekitar masjid Nanbeidao. Ekonomi di kawasan itu berkembang pesat. Sejumlah besar syarikat di kawasan tersebut berdagang dengan syarikat-syarikat dari negara Islam. Terdapat banyak rombongan Islam dari Indonesia, Arab Saudi, Mesir, Pakistan dan Bangladesh telah melawat Masjid Nanbeidao. Restoran daging kambing di kawasan itu amat terkenal..

(Wen Yanli berkhidmat sebagai imam di Masjid Nanbeidao sejak April 1997 hingga sekarang. Beliau juga menyandang jawatan sebagai anggota tetap Persatuan Islam Shandong, Naib Pengerusi Persatuan Islam Bandar Linyi serta anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat Daerah Lanshan)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China