Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang mula melaksanakan projek pembinaan Perumahan Bahagia pada tahun 2011, termasuk membina perumahan antigempa bumi, mengubah suai rumah yang rosak, membina rumah baharu bagi pengembara, membina semula rumah yang rosak dalam bencana alam, mengubah suai rumah bagi golongan kurang upaya miskin, dan membina rumah bagi keluarga yang miskin.
Kini, seramai 17 ribu penduduk di kaunti Bachu, Xinjiang telah berpindah ke rumah yang baharu. Nurmanguli, penduduk kaunti Bachu sedang mengadakan majlis perkahwinannya di Kawasan Perumahan Bahagia.
Orang ramai kelihatan sedang menyanyi dan menari dengan gembira dalam majlis perkahwinan.