Masjid Dachengzhuang, Shandong
2012-12-27 11:37:56 CRI

Masjid Dachengzhuang yang terletak di kampung Dachengzhuang, kaunti Yinan, provinsi Shandong dibina oleh umat Islam tempatan pada tahun 1889 Masihi. Umat Islam mula berhijrah ke kawasan itu pada zaman pemerintahan Maharaja Yongle (1403-1424) Dinasti Ming. Pada zaman-zaman seterusnya, banyak umat Islam berhijrah ke kawasan tersebut. Pada tahun 1949, jumlah umat Islam di kaunti itu mencatat lebih 600 orang. Pada tahun 2005, jumlah umat Islam di kaunti itu bertambah kepada 1,193 orang.

Bangunan Masjid Dachengzhuang menggabungkan seni bina tradisional China dengan negara-negara Arab dan dibina dengan batu bata dan kayu. Kawasan masjid luasnya 667 meter persegi. Masjid itu telah dibaik pulih pada tahun 1947 dan 1989. Terdapat seorang imam yang berkhidmat di masjid tersebut.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China