Umat Islam mula berhijrah ke kawasan Huabujuan, bandar Linyi, provinsi Shandong, China pada zaman pemerintahan Maharaja Jianlong(960-963 Masihi), Dinasti Song Utara. Masjid Huabujuan di kawasan itu dibina oleh imam Zhang Yun dan memperoleh sumbangan daripada Zuo Baogui, pahlawan Islam yang terkenal di China pada tahun 1903.
Pada tahun 1972, Masjid Huabujuan telah musnah akibat kebakaran. Pada tahun 1992, Masjid itu dibaik pulih. Pada tahun 1998 pula, kerajaan tempatan telah membina semula masjid tersebut.
Kawasan masjid baharu luasnya lebih 2,400 meter persegi dan boleh menampung lebih 3000 orang solat pada satu masa. Kampung Huabujuan merupakan perkampungan Islam yang terbesar di bahagian selatan provinsi Shandong. Lebih 7,000 orang umat Islam tinggal secara berkelompok di kampung tersebut.
(Pelajar-pelajar dari sekolah Islam melawat Masjid Huabujuan)
(Upacara meletakkan batu asas projek membina semula Masjid Huabujuan)
------Andika