Masjid Yantai, Shandong
2013-01-04 11:49:38 CRI

Masjid Yantai yang terletak di Jalan Jiefang merupakan satu-satunya masjid di bandar Yantai, provinsi Shandong, China. Masjid itu dibina pada tahun 2879 masihi di atas tanah yang diwakatkan oleh umat Islam tempatan.

Pada tahun 1986, Masjid Yantai dibina semula. Masjid baharu siap dibina pada 7 Mei 1989. Bangunan masjid itu bercirikan seni bina Arab. Kawasan masjid luasnya kira-kira 700 meter persegi dan boleh menampung lebih 200 orang solat berjemaah. Projek membina semula masjid itu mendapat bantuan kerajaan tempatan dan sumbangan pelbagai lapisan umat Islam.

Jawatankuasa pentadbiran Masjid Yantai telah menerima kunjungan lebih seribu orang ahli persatuan Islam di pelbagai tempat di China serta lebih 60 orang saudara Islam dari Arab, Asia Tenggara dan Persatuan Islam Hong Kong. Selain itu, jawatankuasa tersebut membantu lapan syarikat tempatan untuk meneroka pasaran Islam di bahagian barat laut China, Arab dan Asia Tenggara.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China