Masjid Yishuicheng, Shandong
2013-01-04 11:57:25 CRI

Sejumlah besar umat Islam etnik Hui berhijrah ke kawasan Yishui, provinsi Shandong, China pada zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing. Berikutan itu, agama Islam turut berkembang di kawasan tersebut.

Masjid Yishuicheng yang dibina pada abad ke-17 terletak di Jalan Huiminjie. Pintu masuk masjid itu menghadap ke arah timur. Bangunan masjid itu bercirikan seni bina tradisional China. Pada Jun 1989, masjid Yishuicheng dibina semula. Projek membina semula masjid itu mendapat sumbangan pelbagai pihak. Ketika hari kebesaran Islam, lebih 1,400 orang umat Islam tempatan dan kawasan-kawasan sekitarnya berkumpul di masjid itu untuk menyambut hari raya dan solat berjemaah.

(Umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri di Masjid Yishuicheng)

(Masjid Yishuicheng menyediakan buku-buku tentang agama untuk umat Islam yang datang beribadat.)

(Tugu peringatan pembinaan semula Masjid Yishuicheng)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China