Rumah Baharu Yerken
2013-01-08 10:42:55 CRI

Yerken, penternak etnik Kazak di pekan Beitun, bandar Altai, Xinjiang. Beliau pernah menyewa rumah di pekan Beitun untuk memudahkan dua anaknya bersekolah. Kini, beliau hanya membayar RMB 43 ribu untuk membeli rumah baharu seluas 90 meter persegi. Keluarga Yerken kini tinggal bersama-sama dengan bapanya yang berumur 75 tahun di kawasan perumahan bantuan provinsi Jilin. Selepas berpindah ke rumah yang baharu, adik lelakinya membantu menjaga ternakan dan tanah, manakala Yerken memandu kereta pengangkut barang-barang.

Menurut jabatan penerangan bandar Altai, dengan sokongan kerajaan Xinjiang, bandar Altai dan provinsi Jilin, kerajaan bandar Altai memperuntukkan RMB 43.6 juta membina kawasan perumahan bagi 300 keluarga pada tahun 2011. Kerajaan tempatan memperuntukkan RMB 96 juta lagi untuk menyelesaikan projek pembinaan perumahan kedua pada tahun 2012.

Yerken(kiri) dan bapanya bersiap untuk melawat ke rumah saudara mara.

Yerken minum teh bersama-sama keluarganya.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China