Masjid Xituan terletak di kampung Xituan, pekan Moshan, bandar Linyi, provinsi Shandong, China. Kawasan masjid luasnya kira-kira dua ribu meter persegi. Pintu masjid menghadap ke arah selatan.
Bangunan masjid itu menggabungkan seni bina tradisional China dengan Arab. Setelah pihak berkuasa mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, Masjid Xituan telah dibaik pulih pada tahun 1990, 1991 dan 1998. Pada tahun 2003 pula, kerajaan memperuntukkan RMB 800 ribu bagi membina bangunan baharu masjid itu.
------Andika