Masjid Shangliuzhuang, Shandong
2013-01-10 15:54:36 CRI

Masjid Shangliuzhuang terletak di kampung Shangliucun, sebelah barat laut kaunti Yishui, bandar Linyi, provinsi Shandong, China. Masjid itu dibina pada tahun 1632 Masihi dan merupakan masjid yang tertua di kaunti Yishui. Bangunan masjid itu menggabungkan seni bina tradisional China dengan Arab. Pada tahun 1990 hingga 1993, ruang sembahyang Masjid Shangliuzhuang dibina semula.

Ruang sembahyang baharu yang luasnya 280 meter persegi bercirikan seni bina Arab dan boleh menampung 360 orang solat berjemaah. Pada tahun 1996, sebuah bangunan dua tingkat yang luasnya 600 meter persegi dibina yang menempatkan ruang sembahyang untuk muslimah, bilik kuliah dan asrama pelajar di tingkat atas, manakal, tingkat bawah ialah bilik wuduk dan bilik tetamu.

Pada musim luruh tahun 2006, pintu gerbang masjid yang bercirikan seni bina Arab pula dibina. Pada masa ini, kawasan bangunan Masjid Shangliuzhuang luasnya 1,460 meter persegi. Lebih 2,000 orang umat Islam di kawasan sekitarnya beribadat di masjid tersebut. Masjid Shangliuzhuang telah melahirkan sejumlah besar imam dan sarjana Islam. Pada tahun 1983, kelas pengajian agama untuk muslimah diadakan di masjid itu. Pada tahun 2000 hingga 2004, sekolah pengajian bahasa Arab dari Wilayah Autonomi Mongolia Dalam dipindahkan ke masjid itu dan menerima pelajar dari seluruh negara.

(Forum Islam Masjid Shangliuzhuang yang diadakan pada Julai 2011)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China