Masjid Dongying satu-satunya masjid di bandar Dongying, provinsi Shandong, China. Masjid itu dibina pada tahun 1995 dan merupakan salah sebuah masjid yang paling muda di provinsi Shandong.
Ketika Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 2 Oktober 2008, lebih seribu orang umat Islam tempatan menyambut hari kebesaran itu dengan meriah. Pegawai dari pelbagai peringkat kerajaan tempatan datang ke Masjid Dongying untuk menziarahi dan mengucapkan selamat hari raya kepada umat Islam tempatan.