Masjid Bailanghe, Shandong
2013-02-28 15:55:53 CRI

Masjid Bailanghe di bandar Weifang, provinsi Shandong, China dibina oleh pihak berkuasa pada tahun 1985. Pada tahun 2000, kerajaan bandar Weifang memutuskan untuk membina semula masjid yang telah usang itu bagi mematuhi keperluan beribadat umat Islam di bandar tersebut.

Projek membina semula Masjid Bailanghe mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk peruntukan sebanyak RMB 700 ribu daripada kerajaan, RMB 50 ribu daripada Persatuan Islam Provinsi Shandong, RMB 400 ribu daripada kerajaan daerah serta sumbangan umat Islam tempatan.

Peletakan batu asas masjid baharu dibuat pada November 2000 dan siap pada November 2003. Kawasan masjid baharu luasnya 823 meter persegi, bangunan luasnya 598 meter persegi dan dapat menampung lebih 100 orang umat Islam solat berjemaah. Masjid Bailanghe baharu bercirikan seni bina Arab.

(Umat Islam di bandar Weifang mengadakan forum di Masjid Bailanghe semasa menyambut Hari Aidilfitri pada 30 Ogos 2011.)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China