Masjid Zhenjiao, Shandong
2013-03-13 12:06:37 CRI

Masjid Zhenjiao terletak di Jalan Zhaode, kelompok kediaman umat Islam di daerah Qingzhou, bandar Weifang, provinsi Shandong, China. Masjid itu dibina pada tahun 1302 Masihi dan disenaraikan sebagai salah satu daripada tiga buah masjid yang terbesar di China pada zaman Dinasti Yuan selain Masjid Zhenjiao di bandar Hangzhou dan Masjid Zhenjiao di bandar Dingzhou. Masjid Zhenjiao turut disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat provinsi.

Kawasan masjid luasnya lebih enam ribu meter persegi, manakala, bangunan masjid luasnya lebih dua ribu meter persegi. Masjid tersebut merupakan pusat agama di bahagian timur provinsi Shandong.

Ramai tokoh Islam dan imam terkenal pernah berkhidmat atau mengetuai solat berjemaah di masjid tersebut termasuk imam Wang Jingzhai dan Naib Presiden Persatuan Islam China, Ma Songting.

Pintu gerbang Masjid Zhenjiao telah dimusnahkan oleh tentera penceroboh Jepun dalam Perang Dunia II. Setelah Republik Rakyat China ditubuhkan, masjid itu dibaik pulih dengan menggunakan peruntukan daripada pihak berkuasa dan derma daripada umat Islam tempatan.

Pada tahun 1984 hingga 1987, Masjid Zhenjiao dibaik pulih lagi dengan bantuan kerajaan pelbagai peringkat dan sumbangan umat Islam.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China