Masjid Zhoucun, di bahagian barat laut daerah Zhoucun, bandar Zibo, provinsi Shandong, China dibina pada kira-kira tahun 1820 Masihi. Pada masa itu, jumlah umat Islam di kawasan Zhoucun telah bertambah kepada lebih 200 orang. Umat Islam tempatan membina sebuah masjid. Pada tahun 1900, umat Islam dan tokoh-tokoh tempatan telah menyumbang derma bagi membina semula masjid tersebut.
Kawasan Masjid Zhoucun luasnya kira-kira 1,200 meter persegi. Ruang sembahyang panjangnya 17.3 meter dan lebarnya 13.5 meter. Bangunan masjid itu bercirikan seni bina tradisional China.
Setelah tertubuhnya Republik Rakyat China, pihak berkuasa memberikan perhatian yang tinggi dan banyak keutamaan untuk umat Islam di kawasan tersebut. Pada tahun 1982, kerajaan membantu umat Islam tempatan membaik pulih Masjid Zhoucun.
Masjid baharu mula digunakan pada Hari Raya Aidiladha tahun 1983. Pegawai kerajaan tempatan turut datang ke masjid untuk merasmikan masjid baharu dan mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam.
(Tugu peringatan pembinaan semula Masjid Zhoucun)
------Andika