Masjid Qufu terletak di daerah Qufu, bandar Jining, provinsi Shandong, China. Masjid itu dibina pada akhir Dinasti Ming dan telah berusia kira-kira 500 tahun.
Kira-kira tiga ribu orang umat Islam tinggal di daerah Qufu. Pada tahun 2001, Masjid Qufu dibina semula dengan sumbangan umat Islam dan bantuan kerajaan tempatan. Kawasan masjid baharu luasnya 3,380 meter persegi.
Bangunan yang luasnya 907 meter persegi bercirikan seni bina Arab. Ruang sembahyang mempunyai dua tingkat.
------Andika