Masjid Zaozhuang, Shandong
2013-04-19 10:53:45 CRI

Masjid Zaozhuang terletak di bandar Zaozhuang, bahagian selatan provinsi Shandong, China. Masjid yang telah berusia lebih 400 tahun itu dibina pada akhir Dinasti Ming dan merupakan peninggalan sejarah yang amat terkenal di bahagian selatan provinsi Shandong. Kawasan masjid luasnya lebih tiga ribu meter persegi.

Bangunan-bangunan di dalam masjid itu termasuk gedung memandang anak bulan, ruang sembahyang dan bilik wuduk bercirikan seni bina tradisional China. Pada tahun 1981 Masihi, Masjid Zaozhuang telah dibina semula. Bangunan masjid baharu luasnya seribu meter persegi. Pada masa ini, lebih 13 ribu orang umat Islam tinggal secara berkelompok di sekitar masjid tersebut.

Projek membaik pulih lagi Masjid Zaozhuang dimulakan pada 20 April 2012. Selain sumbangan daripada umat Islam tempatan, kerajaan telah menyediakan banyak bantuan bagi projek tersebut.

(Aktiviti menerima sumbangan bagi membaik pulih Masjid Zaozhuang anjuran persatuan Islam tempatan dan jawatankuasa pentadbiran masjid.)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China