Masjid Weizhuang, Shandong
2013-04-26 13:33:57 CRI

Masjid Weizhuang terletak di kampung Weizhuang, pekan Mushi, daerah Tengzhou, bandar Zaozhuang, provinsi Shandong, China. Masjid itu dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Chongzhen (1628-1644 Masihi) akhir Dinasti Ming dan merupakan bangunan yang paling kuno dan besar di kampung tersebut. Masjid itu dibina oleh seorang tokoh Islam bernama Liu. Selain penduduk di kampung Weizhuang, umat Islam di kampung Luofengshan dan Xitai yang berdekatan turut mengerjakan solat di masjid tersebut.

Pada tahun 1986, Masjid Weizhuang dibina semula. Bangunan masjid baharu luasnya 200 meter persegi, seni binanya gabungan seni bina tradisional China dengan Arab. Pada masa ini, lebih 380 orang umat Islam tinggal secara berdekatan di sekitar masjid tersebut.

(Pada 8 Mei 2009, Masjid Weizhuang baharu telah dirasmikan. Anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (NPC) merangkap Naib Presiden Persatuan Islam China dan Pengerusi Persatuan Islam Shandong, Haji. Prof. Ding Wenfang yang berusia 78 tahun menyempurnakan upacara tersebut.)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China