Pekan Zhongxindian yang terletak tiga kilometer dari utara bandar Zoucheng, provinsi Shandong, China merupakan perkampungan Islam. Kawasan itu merupakan kampung halaman Mencius, ahli fikir yang tersohor di China pada tahun 300 sebelum Masihi.
Pada akhir zaman Dinasti Yuan dan awal Dinasti Ming, sejumlah besar umat Islam mula berhijrah ke kawasan itu. Pada zaman pemerintahan Maharaja Hong Wu (1368-1398 Masihi), umat Islam tempatan membina masjid yang pertama di kawasan tersebut. Sebahagian bangunan masjid itu telah musnah akibat perang saudara. Pada zaman pemerintahan Maharaja Kang Xi (1661-1722), masjid itu dibaik pulih dan diperluas. Pada tahun 2005, Masjid Zhongxindian dibaik pulih lagi. Pada masa ini, Masjid Zhongxindian merupakan masjid yang terbesar di bandar Zoucheng. Kawasan masjid luasnya 837 meter persegi, manakala bangunan-bangunan di dalam masjid itu yang bercirikan seni bina Arab luasnya hampir 418 meter persegi. Terdapat lebih 30 batang pokok yang telah berusia lebih 100 tahun di dalam kawasan masjid tersebut.
(Umat Islam di Masjid Zhongxindian menyumbang derma kepada mangsa di kawasan yang dilanda bencana alam)
------Andika