Masjid Heizhuang terletak di bahagian utara Jalan Xinhua, daerah Linqing, bandar Liaocheng, provinsi Shandong, China. Bangunan masjid itu luasnya 150 meter persegi. Penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun menjadi penduduk majoriti di kampung tersebut. Kebanyakan penduduk Islam di kampung itu menggunakan nama keluarga Hei. Oleh itulah kampung berkenaan dikenali sebagai Heizhuang yang bermakna kampung keluarga Hei.
------Andika