Masjid Taierzhuang yang terletak di bandar Zaozhuang, provinsi Shandong, China dibina oleh imam Li Zhonghe pada tahun 1742 Masihi. Masjid itu yang juga dikenali sebagai Masjid Utara disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat negara.
Kawasan masjid luasnya 3,333 meter persegi, manakala bangunan-bangunan luasnya 800 meter persegi dan ruang sembahyang luasnya 120 meter persegi. Pada awal abad ke-20, imam Chen Xingzhen dan tokoh Islam, Ma Zhentang mengumpulkan derma bagi membaik pulih masjid tersebut sebanyak dua kali.
Semasa perang antipencerobohan Jepun, kawasan Taierzhuang mengalami pertempuran yang dahsyat pada Mac 1938. Masjid Taierzhuang yang terletak di lokasi strategik menjadi rebutan tentera China dan Jepun. Setelah bertempur selama tujuh hari dan tujuh malam, Masjid Taierzhuang musnah sama sekali.
Pada tahun 1942, umat Islam tempatan telah membina semula Masjid Taierzhuang. Selain bangunan-bangunan yang sedia ada, mereka telah membina sebuah menara azan setinggi 28 meter. menara azan itu menjadi bangunan yang tertinggi di kawasan Taierzhuang pada masa itu.
Pada tahun 1983 dan 2006, Masjid Taierzhuang dibaik pulih sekali lagi. Projek itu mendapat bantuan kerajaan dan sumbangan daripada umat Islam tempatan
------Andika