Masjid Wuyingcun, Shandong
2013-05-29 10:36:17 CRI

Kampung Wuying yang terletak di mukim Chezhen, kawasan Wudi, bandar Binzhou, provinsi Shandong, China merupakan perkampungan Islam yang padat penduduk etnik Hui. Terdapat sejumlah tokoh Islam yang terkenal dalam sejarah berasal dari kampung tersebut.

Masjid Wuyingcun yang terletak di kampung itu dibina oleh seorang tokoh Islam yang bernama Feng Chong, dan telah beberapa kali dibaik pulih dalam sejarahnya. Lebih empat ribu orang penduduk yang menganut agama Islam menetap secara berdekatan di sekitar masjid tersebut.

(Rombongan Persatuan Islam Shandong mengadakan ceramah di Masjid Wuyingcun)

(Pada tahun 2008, penduduk Islam di kampung Wuying menyumbang derma untuk mangsa dalam gempa bumi dahsyat di kawasan Wenchuan, provinsi Sichuan)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China