Masjid Xiazhen, Shandong
2013-06-19 12:35:13 CRI

Masjid Xiazhen terletak di pekan Xiazhen, kaunti Weishan, bandar Jining, provinsi Shandong, China. Masjid itu luasnya 1,400 meter persegi dan dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Qianlong (1735-1799 Masihi). Bangunan masjid yang dibina dengan kayu dan batu bata itu kelihatan kombinasi seni bina tradisional Cina dengan elemen Arab. Pada bulan Ogos 1947, Masjid Xiazhen musnah dalam perang saudara. Pada bulan Julai 1987, kerajaan tempatan memperuntukkan RMB 1 juta, selain sumbangan sejumlah RMB 100 ribu daripada umat Islam bagi membina semula masjid tersebut. Masjid baharu terletak di sebelah utara pekan Xiazhen. Pintu masjid menghadap ke arah selatan. Ruang sembahyang menampung 200 orang solat berjemaah. Suasana masjid baharu amat selesa.

(Upacara merasmikan projek pembinaan semula Masjid Xiazhen)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China