Masjid Liaocheng Timur, Shandong
2013-07-04 15:04:47 CRI

Masjid Liaocheng Timur yang juga dikenali sebagai Masjid Liaocheng terletak di sebelah utara Jalan Loudong, daerah Dongchangfu, bandar Liaocheng, provinsi Shandong, China.

Masjid yang dibina pada zaman Dinasti Ming sudah berusia lebih 700 tahun. Pada tahun 1913, Masjid Liaocheng Timur dibaik pulih. Kawasan masjid luasnya 3,400 meter persegi, manakala bangunan-bangunan di dalamnya luasnya 1,260 meter persegi.

Bangunan masjid itu menggabungkan seni bina tradisional Cina dengan Arab. Ruang sembahyang dapat menampung seribu orang bersolat berjemaah.

Perkakasan porselin bertulis khat dalam bahasa Arab dan al-Quran dalam pelbagai terbitan serta tulisan tangan masih tersimpan di masjid itu. Masjid Liaocheng Timur disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting peringkat bandar.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China